Soalan Lazim

Ada lebih banyak soalan? Hantar emel kepada kami.

Di manakah lokasi zon letak kereta dibawah jagaan Pintar Smart Parking?

Anda boleh menyemak semua zon yang tersedia melalui peta dalam aplikasi atau di laman web dengan menekan butang Zon Letak Kereta.

Apakah perbezaan diantara zon On-Street Parking dan Closed Parking?
  • On-Street Parking: Tempat letak kereta di bahu jalan.
  • Closed Parking: Kawasan letak kereta tertutup khas.
Bagaimana saya tahu zon mana saya meletakkan kereta saya?

Anda boleh menyemak papan tanda di lokasi atau gunakan aplikasi untuk mengesahkan zon anda.

Adakah saya perlu memaparkan apa-apa selepas membayar melalui aplikasi?

Tidak, kenderaan anda disahkan secara automatik melalui nombor plat. Pegawai penguatkuasa akan memeriksa status letak kereta anda melalui sistem.

Bolehkah saya membayar secara tunai kepada pegawai penguatkuasa yang bertugas?

Ya, pegawai penguatkuasa kami boleh menerima pembayaran tunai dan tiket akan dikeluarkan jika perlu.

Bolehkah saya membayar untuk kenderaan orang lain melalui aplikasi Pintar Smart Parking?

Ya, anda boleh mendaftar beberapa kenderaan dalam aplikasi, membolehkan anda membayar untuk ahli keluarga, rakan, atau orang lain.